Blog ini saya buat untuk ngisi waktu kosongku sambel belajar IPTEK dan juga jika ada sedikit wawasan bisa bermanfaat para pembaca. Terimakasih dengan adanya blog ini aku bisa berkreasi menuangkan apa yang ada dalam benakku / otakku
kebaikan
membaca surat yasin:Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
“Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
1.
Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2.
Jika orang
tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin
akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan
takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya,
akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh
sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang
telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang
dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 10. Jika dibacakan kepada orang
yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W
bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al- Quran
itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
12. Sabda
Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris
bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya.”
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga
membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak
merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda
selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah
jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia
akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan
membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui
keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Begitu banyak
khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah
Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati
kepada al-Quran.
Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri
kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita
mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan
Yasin. InsyaAllah.
0 komentar:
Posting Komentar